Modul Pembelajaran TTJ

Pembelajaran Seimbang Akademik, Al-Quran & Sahsiah

Gabungan silibus akademik KPM, pendidikan Islam dan hafazan Al-Quran bagi membentuk perkembangan ilmu, akhlak dan kemahiran anak-anak sejak usia awal.

Modul Akademik (KSPK)

Modul akademik TTJ memberi fokus kepada asas membaca, menulis, mengira serta penerokaan dunia sekeliling mengikut perkembangan umur pelajar.

Bahasa & Literasi

Matematik Awal

Penerokaan Dunia

Al-Quran

Amalan Harian

Hafazan

Modul Islamik & Tahfiz

Pembelajaran Islamik TTJ memberi penekanan kepada bacaan Al-Quran, hafazan, doa harian dan pembentukan sahsiah.

Asas pengisian Tadika Tahfiz Junior

Hafazan Al-Quran

Dengan bimbingan guru yang berpengalaman, anak anda dididik untuk membaca Al-Quran secara tersusun dan berperingkat, membolehkan anak anda mengenal huruf, hukum bacaan serta tajwid dengan lebih tepat.

Hafazan doa harian & hadith pilihan

Dilatih menghafaz doa-doa harian dan hadith terpilih bagi membentuk amalan serta akhlak yang mulia. Hafazan dilakukan secara berulang supaya setiap pelajar dapat mengingatinya dan mengaplikasikannya.

Akademik & fardhu ain

Mendidik anak-anak dalam soal fardhu ain dan menerapkan nilai Islam dalam kehidupan seharian. Silibus pembelajaran mengikut Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia).

Asas 3M (membaca, menulis, mengira)

Pengisian pembelajaran turut merangkumi asas 3M yang diberi secara konsisten iaitu Membaca, Menulis dan Mengira, sebagai persediaan awal sebelum memasuki alam persekolahan formal (Melangkah ke Tahun 1). 

Praktikal solat

Setiap pelajar dibimbing untuk memahami rukun, bacaan serta pergerakan solat dengan betul. Guru-guru bertauliah akan memantau perkembangan solat setiap pelajar, memberi tunjuk ajar secara individu.

Bacaan iqra

Pelajar diajar bacaan Iqra secara berperingkat bermula dari asas huruf hingga mampu membaca kalimah dengan betul dan lancar. Oleh itu, anak-anak dapat menguasai bacaan sebelum meneruskan ke Al-Quran.

Key Point Indicator(KPI) Perkembangan Pelajar

AKADEMIK

HURUF RUMI (A-Z)

Memastikan pelajar mengenal, menyebut dan melukis bentuk asas dengan tepat

NOMBOR

Pelajar boleh mengenal dan menulis nombor dengan betul (5&6 tahun)

OPERASI DALAM LINGKUNGAN

Pelajar boleh mengira berdasarkan operasi yang terlibat dengan tepat

WARNA

Pelajar mampu mengenal dan menyebut warna-warna asas serta warna-warna lain dengan tepat

BENTUK, RUANG & BINAAN

Pelajar boleh mengenal, menyebut dan melukis bentuk asas dengan tepat.

MASA & WAKTU

Pelajar boleh mengenal dan menyebut masa dengan tepat

WANG

Pelajar boleh mengenal dan menyebut nilai wang dengan tepat

ISLAMIK

HURUF HIJAIYAH

Pelajar boleh mengenal dan menyebut huruf Hijaiyah dengan tepat.

TANDA TAJWID

Pelajar boleh mengenal tanda tajwid asas (5 & 6 tahun)

IQRA’ (IQRA’ 1- 6) - 5& 6 tahun

Pelajar boleh membaca Iqra’ 1-6 dengan tepat dan lancar mengikut kategori pelajar

HAFAZAN (JUZ AMMA)

Pelajar boleh membaca surah-surah dalam Juz Amma dengan tepat dan lancar mengikut kategori pelajar

Jadual Pembelajaran

Jadual pembelajaran adalah sama untuk semua cawangan TTJ kecuali negeri tertentu yang beroperasi Ahad-Khamis.

Pre-school

Play-school

Transit tahfiz

Sertai Tadika Tahfiz Junior Hari Ini

Berikan permulaan terbaik untuk anak anda dengan pendidikan awal yang menggabungkan akademik, tahfiz dan pembentukan akhlak. Daftarkan anak anda sekarang dan bina masa depan yang lebih cemerlang bersama kami.