Membina Generasi Qurani Sejak Awal Usia
Tadika Tahfiz Junior (TTJ) ditubuhkan dengan visi untuk melahirkan generasi cilik yang bukan sahaja celik al-Quran, malah cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri. Seawal usia 4 tahun, anak-anak diberi pendedahan untuk menghafal surah-surah Juz
‘Amma, zikir-zikir harian, doa-doa pilihan, serta surah-surah utama seperti al-Kahfi, al-Mulk dan Yaasin.
Di samping itu, TTJ turut mengintegrasikan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke dalam kurikulum, bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam asas membaca, menulis dan mengira (3M), serta kemahiran asas prasekolah yang diperlukan sebelum melangkah ke Tahun 1.