Membentuk Generasi Tahfiz Penerus Ummah

Asy Syifaa Quranic Centre ditubuhkan pada 4 April 2014, berfokuskan kepada ajaran Islam untuk membentuk golongan muda penghafaz Al-Quran. Penekanan kepada Al-Quran, hafazan, fardu ain, solat Dhuha dan solat  fardu.

Melatih tahfiz muda penerus Al-Quran

Asy Syifaa Quranic Centre adalah cap dagangan pertama milikan Asy Syifaa resources. yang ditubuhkan pada 4 April 2014. Cawangan Asy Syifaa Quranic Centre yang pertama didirikan di Paka, Terengganu pada tahun 2014. Jenama ini kini beroperasi di empat lokasi di Negeri Terengganu dan dijadualkan akan berkembang kepada 100 buah cawangan menjelang tahun 2030. Perniagaan ini dilihat berpotensi untuk dijual dan dikembangkan melalui konsep rangkaian Quranic Centre. Melalui pusat pentadbiran yang berpangkalan di Paka, Quranic Centre menyediakan kursus pengurusan dan pembangunan outlet.

Memberi perkhidmatan terbaik dan berkesan dengan meningkatkan potensi pelajar yang berpandukan alQuran dan As Sunnah demi memartabatkan ketuanan Islam.

Membentuk peribadi kanak-kanak menjadi suci bersih, positif dan mulia berasaskan ajaran al-Quran dan Hadis dan melahirkan individu muslim yang berilmu , berakhlak mulia, berketerampilan, dinamik. dan diredhai ALlah SWT.

Objektif Quranic Centre Asy Syifaa

Quranic Centre ini memberi penekanan kepada asas Al-Quran (membaca dan menulis). Setiap pelajar dibimbing secara berperingkat dalam bacaan, hafazan, fardhu ain, wuduk dan solat berjemaah.

Membuka ruang dan peluang kepada semua lapisan masyarakat supaya menceburi bidang tahfiz al-Quran

Menanam sifat membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian disamping mendidik anak pelajar mengikut keperibadian Nabi Muhammad SAW

Membantu pelajar meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran

Membuktikan keunggulan kelas tahfiz sebagai sebuah institusi pendidikan alternatif kepada masyarakat yang sedang dilanda krisis sosial.

Membantu pelajar menguasai hafazan al-Quran seterusnya melahirkan huffaz yang cemerlang dan berakhlak mulia

Kelebihan Pembelajaran di QC

Penekanan kepada asas al-Quran (Membaca & Menulis).

Hafazan Surah Yaasin, al-Kahf, alMulk, Juz Amma, Doa Harian & Zikir Pilihan.

Yuran yang sangat berpatutan.

Gambar & video aktiviti sentiasa di kemaskini dalam kumpulan Whatsapp ibu bapa.

Pembelajaran Fardhu Ain merangkumi Akidah, Sirah, Akhlak dan Ibadah

Praktikal wuduk & solat berjemaah iaitu Solat Dhuha & Solat Fardhu Berjemaah serta solat sunat yang lain.

Perkembangan pelajar yang direkod guru untuk rujukan ibubapa.

Seragam Rasmi QC

Pembelajaran Yang Aktif & Bermakna

Setiap aktiviti di Quranic Centre Asy Syifaa dirancang bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan sambil membentuk sahsiah, disiplin dan semangat kerjasama. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk aktiviti pantai, qasidah maulid, kem 1 Keluarga 1 Huffaz serta pelbagai program kerohanian dan pembangunan diri.

Pengalaman Pelajar di quranic centre asy syifaa

Mari Membentuk Generasi Muda Tahfiz

Jom daftar anak ke Quranic Centre Asy Syifaa, pembelajaran ilmu Al-Quran dan agama yang menyeluruh.