Membina Generasi Qurani Sejak Awal Usia

Membimbing anak-anak berusia 7 hingga 15 tahun menjadi generasi yang mencintai Al-Quran melalui pembelajaran hafazan, tajwid dan Fardhu Ain yang tersusun. Di Akademi Tahfiz Asy Syifaa, kami percaya setiap keluarga mampu melahirkan seorang huffaz bermula dengan pendidikan yang betul.

Melahirkan Generasi Huffaz Untuk Setiap Keluarga #1Keluarga1Huffaz

Akademi Tahfiz Asy Syifaa (ATAS) merupakan pusat pengajian Islam yang memberi fokus kepada pengajian Al-Quran dan asas Fardhu Ain bagi pelajar berumur 7 hingga 15 tahun. Penubuhan akademi ini adalah bagi merealisasikan aspirasi 1 Keluarga 1 Huffaz, dengan membantu setiap pelajar menguasai bacaan, tajwid dan hafazan Al-Quran melalui kaedah pembelajaran yang sistematik dan berkesan.

Menjadi sebuah institusi pendidikan Islam tahfiz yang berinovasi tinggi bagi menghasilkan Modal Insan yang berkualiti Tinggi melalui sistem hafazan yang berkesan, berprasarana dinamik dengan aras kualiti bertaraf antarabangsa

Membentuk pelajar yang berperibadi mulia berlandaskan Al-Quran dan Hadis serta melahirkan individu Muslim yang berilmu, berketerampilan, berakhlak tinggi dan diredhai Allah SWT.

Objektif Akademi Tahfiz Asy Syifaa

Akademi ini memberi penekanan kepada pembentukan asas yang kukuh dalam hafazan, kefahaman agama dan sahsiah diri. Setiap pelajar dibimbing secara berperingkat agar mereka dapat mencapai potensi maksimum dalam pembelajaran Al-Quran dan ilmu Islam.

Membuka ruang dan peluang kepada semua lapisan masyarakat supaya menceburi bidang tahfiz al-Quran

Menanam sifat membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian disamping mendidik anak pelajar mengikut keperibadian Nabi Muhammad SAW

Membantu pelajar meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran

Membuktikan keunggulan kelas tahfiz sebagai sebuah institusi pendidikan alternatif kepada masyarakat yang sedang dilanda krisis sosial.

Membantu pelajar menguasai hafazan al-Quran seterusnya melahirkan huffaz yang cemerlang dan berakhlak mulia

Kelebihan Pembelajaran di ATAS

Penekanan kepada asas al-Quran (Membaca & Menulis).

Hafazan Surah Yaasin, al-Kahf, alMulk, Juz Amma, Doa Harian & Zikir Pilihan.

Yuran yang sangat berpatutan.

Gambar & video aktiviti sentiasa di kemaskini dalam kumpulan Whatsapp ibu bapa.

Pembelajaran Fardhu Ain merangkumi Akidah, Sirah, Akhlak dan Ibadah

Praktikal wuduk & solat berjemaah iaitu Solat Dhuha & Solat Fardhu Berjemaah serta solat sunat yang lain.

Perkembangan pelajar yang direkod guru untuk rujukan ibubapa.

Pembelajaran Yang Aktif & Bermakna

Setiap aktiviti di Akademi Tahfiz Asy Syifaa dirancang bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan sambil membentuk sahsiah, disiplin dan semangat kerjasama. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk aktiviti pantai, qasidah maulid, kem 1 Keluarga 1 Huffaz serta pelbagai program kerohanian dan pembangunan diri.

Setiap Kejayaan Adalah Inspirasi

Bersama Membina Generasi Huffaz Masa Hadapan

Daftarkan anak anda bersama Akademi Tahfiz Asy Syifaa untuk pengalaman pembelajaran Al-Quran yang tersusun, berkesan dan bermakna.