Modul Pembelajaran QC

Pembelajaran Berfokuskan Bacaan Al-Quran & Hafazan

Bacaan Al-Quran, Fardu Ain, Solat Berjemaah  (Solat Dhuha dan Fardu). Sesi pembelajaran Islam buat anak-anak dari usia muda melahirkan golongan tahfiz.

Modul Pembelajaran

Asas pengisian Quranic Centre Asy Syifaa

Kelas Tilawah Al-Quran & Hafazan

Pelajar dibimbing membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul serta menghafaz surah-surah dan ayat-ayat pilihan menggunakan kaedah hafazan yang sistematik dan berkesan.

Kelas Fardhu Ain

Pembelajaran merangkumi Tauhid, Sirah, Adab dan Tajwid bagi membentuk asas ilmu agama yang kukuh serta membimbing pelajar menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Pengurusan Diri

Melatih pelajar mengamalkan disiplin, kebersihan diri, adab, tanggungjawab dan berdikari sebagai persediaan menjadi individu Muslim yang berakhlak mulia.

Solat Berjemaah & Majlis Ta'lim

Pelajar membiasakan diri dengan solat berjemaah serta menghadiri majlis ta’lim yang mengukuhkan kefahaman agama dan menyemai kecintaan kepada ilmu.

Aktiviti Sunnah & Rekreasi

Aktiviti seperti memanah, berkuda, berenang dan aktiviti pantai dilaksanakan bagi membina kecergasan fizikal, keyakinan diri serta menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Hafazan Hadis & Doa

Pelajar menghafaz hadis-hadis pilihan serta doa-doa harian untuk diamalkan dalam rutin kehidupan seharian sebagai panduan dan pembentukan akhlak.

Sambutan Hari Kebesaran Islam

Pelbagai program sempena Maulidur Rasul, Ramadan, Awal Muharam dan hari kebesaran Islam lain dianjurkan bagi menyemai semangat ukhuwah serta menghayati sejarah Islam.

Makan Tengah Hari & Minum Petang

Pelajar disediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi memastikan mereka sentiasa bertenaga sepanjang mengikuti sesi pembelajaran dan aktiviti harian.

Jadual Pembelajaran

Jadual pembelajaran penuh QC dan Transit Tahfiz

Quranic Centre Asy Syifaa

Transit tahfiz

Mari Membentuk Generasi Muda Tahfiz

Jom daftar anak ke Quranic Centre Asy Syifaa, pembelajaran ilmu Al-Quran dan agama yang menyeluruh.